16 Mei 2008

Memperkasakan BN Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyeru kepada semua parti kompenen BN agar bersatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Usaha perlu dilakukan setiap peringkat dan usaha perlu dilakukan bagi menambah ahli baru BN yang terdiri daripada pemuda-pemuda dan juga ahli keluarga. Setiap cawangan perlu menarik 20 ahli baru terdiri daripada ahli keluarga untuk mengisi borang keahlian UMNO.



Keputusan pilihanraya yang lepas merupakan tsunami politik yang perlu di hindarkan pada masa akan datang. Berucap di majlis kesyukuran Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Molek malam tadi di kompleks Japerun Ayer Molek. Hadir sama dalam majlis itu, Speker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mo'min Abd Aziz. Beliau menyeru rakyat di DUN Ayer Molek supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang kini sedang giat menabur borang keahlian.


Manifesto yang diberikan semasa PRU 12 lalu, jelas menunjukan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji-janji mereka. Harap rakyat tidak akan tertipu dengan dakyah dan hasutan pembangkang. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anuar Ibrahim kini, didakwa ingin membeli wakil rakyat BN terutama di Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Ini adalah satu unsur rasuah dan ianya tidak wajar berlaku dalam arean politik negara. Rakyat telah memilih BN untuk terus mentadbir negara yang merdeka sejak 50 tahun yang lalu, cukup membuktikan BN sentiada di hati rakyat.