07 Mei 2008

Promosi Negeri Melaka

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengingatkan kepada semua pegawai seranta negeri Melaka supaya dapat mempromosikan Melaka dengan lebih berkesan menerusi lawatan kerja ke negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu yang bermula hari ini. Sudah menjadi faktor utama setiap pegawai membawa misi dan visi Kerajaan Negeri Melaka ketika mengadakan lawatan kerja di luar Melaka. Lawatan kerja selama lima hari ini mencapai matlamatnya, selain membawa kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang dikunjungi nanti, selepas menerima kunjungan pegawai seranta negeri Melaka yang mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan di kediaman rasminya, Seri Bendahara.


Diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Pegawai Seranta Negeri Melaka, Faridah Md. Noordin dengan diiringi 20 orang itu bertujuan untuk lawatan kerja Ketua Menteri, perjumpaan dengan Menteri Besar dan Bahagian Perhubungan UMNO Negeri. Ianya untuk menarik dan mempromosikan pelancongan negeri Melaka, memperkenalkan produk-produk negeri Melaka iaitu 'Melaka Best', mempromosikan Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) dan mempromosikan Hospital Putra Melaka. Terdahulu, semua pegawai seranta mengambil masa kira-kira dua jam untuk mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Menteri sebelum bertolak ke Pagoh, Johor Bahru. Setiap pegawai seranta akan mengadakan pertemuan dan minum petang bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Mohamed Khalid Nordin, manakala pada sebelah malam akan makan malam dengan MB Johor, Datuk Abdul Ghani Othman


Pegawai seranta akan berjumpa dengan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dan tengahari bertolak ke Pahang. Pada sebelah petang akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pekan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Rombongan akan mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Pada hari ketiga pegawai seranta akan bertolak ke Bahagian Indera Mahkota untuk sarapan pagi seterusnya bertolak ke Terengganu untuk mengadakan pertemuan dengan MB Terengganu. Rombongan akan mengadakan pertemuan dan minum petang bersama mantan MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh. Sebelah malam, akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Anuar Musa, pada hari keempat pula, akan bersarapan pagi bersama Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Mohamad Fatmi Che' Salleh, seterusnya dibawa melawat ke seluruh negeri Kelantan.


Program minum petang dengan Ahli Parlimen Maran, Rosni Zahari dan singgah ke Raub, Pahang untuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO Bera, Temerloh dan Jerantut dan kemudian bertolak ke Genting Highland dan keesokannya balik ke Melaka. Antara Pegawai Seranta Negeri Melaka terlibat ialah Shahjan Salibol (PKNM), Mahani Abdullah (JAIM), Hasnah Hassan dan Abdul Latip Dorani (KMB), Noor Aini Ali (Bahagian Sahabat Belia), Nordin Zainal (MPAG), Zainal Kadir (MPJ), Shafrie Abdullah (MAIM), Hashim Sood (SAMB), Abu Bakar Mohamad (KTIAM). Diikuti Rahmat Othman (PERTAM Construction Sdn. Bhd.), Amir Hamzah Abd. Aziz, Osman Paiman dan Ismail Laham (Yayasan Melaka), Abu Bakar Darum (Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd.), Datuk Ramlah Abas (Timbalan Pengerusi Hospital Putra) dan Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Md. Diah