21 Mei 2008

Kempen Keahlian UMNO

Semua ahli UMNO yang baru mendaftar sebagai ahli baru diharap dapat menjadi lebih berkualiti, setia pada parti dan perjuangan bangsa, agama dan negara. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selepas berlakunya 'tsunami' Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU) yang lalu, pelbagai masalah berlaku, kini dilihat 'trend' orang muda kelihatan sudah mula mendapat kesedaran baru dan berhasrat terus menyokong UMNO. Rata-rata orang muda berumur 20 tahun ke bawah, menunjukkan petanda begitu baik untuk terus memacu UMNO ke peringkat yang lebih tinggi, jika dilihat PRU Ke-12 lalu menyatakan, pengundi orang muda yang mengurangkan undi pada Barisan Nasional (BN). Kepada orang muda dan kita harap agar masa depan negara diterajui orang muda, malah zaman sekarang, mereka mesti membuat pilihan yang tepat dan baik, kerana UMNO merupakan parti yang boleh membela nasib bangsa, agama dan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Keahlian Baru UMNO Cawangan Bahagian Bukit Katil di sebuah restoran di sini, hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berharap setiap di kalangan ahli UMNO baru akan diberikan kursus sama ada di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Kebangsaan supaya mereka dapat mengikuti akan perkembangan UMNO, perjuangan yang susah payah dilakukan oleh bekas perjuang dan ibu bapa terdahulu sehingga kita berada pada tahap sekarang. Sementara itu, menerusi penyerahan keahlian baru UMNO Cawangan Bahagian Bukit Katil, telah mensasarkan satu cawangan mencari 20 orang ahli baru menjelangnya Majlis Penyerahan Borang Keahlian Baru UMNO Negeri Melaka di Dewan Seri Bendahara di sini, Ahad ini. Hari ini, kira-kira 972 ahli baru berjaya didaftarkan oleh UMNO Cawangan Bahagian Bukit Katil dan mensasarkan menjelangnya Ahad ini, cawangan tersebut dapat mengumpul 1,400 orang ahli baru.


Di Melaka, UMNO mempunyai 385 cawangan yang mensasarkan 7,300 ahli baru berdaftar Ahad ini. 'Keluargaku Ahli UMNO' terus mendapat sokongan dan berharap semua masyarakat dapat bersama anak-anak mereka yang genap 20 tahun menjadi ahli UMNO. Tahniah kepada semua Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri kerana telah menggerakkan ahli UMNO setiap kawasan bertambah. Permohonan yang ramai ini, dilihat bahawa tanda bukti UMNO masih relevan dan mendapat sambutan amat baik di kalangan orang Melayu dengan menyatakan bahawa 'UMNO Masih Dihatiku'. Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri dalam kenyataannya berhubung keputusan Tun Dr Mahathir yang secara terbuka mengumumkan keluar dari UMNO, mengingatkan kepada semua ahli UMNO agar bertenang dan sentiasa mempertahankan parti. Sewajarnya buat masa ini, rakyat perlu setia pada parti UMNO dalam meneruskan perjuangan yang masih belum selesai demi bangsa, agama dan negara.