Yay
asan Melaka disaran mengembangkan sayap pelaburannya ke luar negara terutama dalam bidang peladangan setelah menunjukkan kemajuan yang baik
sekarang. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan dan perladangan, Yayasan Melaka perlu memainkan peranan lebih aktif dalam bidang berkaitan. Dengan ladang kelapa sawit seluas lebih 400 hektar di Melaka dengan pendapatan kira-kira RM4 juta setahun dan masing-masing 5,000 hektar di Sabah dan Sarawak, Yayasan Melaka diyakini mampu memperluaskan pelaburannya. Ekonomi Yayasan Melaka pada masa depan amat baik. Mereka boleh meningkatkan dana Tabung Pendidikan Negeri Melaka yang memerlukan kira-kira RM8 juta setahun untuk diberikan kepada anak-anak Melaka dalam bentuk biasiswa atau pinjaman pelajaran.
Yayasan Melaka perlu membuat lebih banyak pelaburan dalam bidang perladangan terutamanya, di luar negeri Melaka mahupun di luar negara. Selain memiliki ladang kelapa sawit, Yayasan Melaka juga mengendalikan tiga kolej di negeri ini iaitu Kolej Yayasan Melaka, Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (Micost) dan Kolej Dunia Melaka Dunia Islam (DMDI). Bangunan Yayasan Melaka setinggi 15 tingkat dengan kos pembinaan sebanyak RM34.8 juta akan menjadi satu lagi mercu tanda di kawasan MITC.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkKAY0JKdUSDraezX2H38TtCBzHW9-4LoAJoRvIGcDiw1BWgA4e4byLNJZliXwogzZrcXOPaO84fSOYPfljkTJu7SQAM_ui8lLKoxkn8soLVMTxTfKzy7LmKMtkQPdmXFdp0Mu36LIh6Fy/s400/1185502168_7b7d2283d2%5B1%5D.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxCpA20bJzi_zxNRG3T3oGwwvXma7492H2_SB3ZRC3qEIR3xkrNh2KuRhWV4npDuvpiv_BPUttfZV6G2x88OwkuZNJM9tIVFUE9aB7f-zZNE2WjDb6rAPinRzSHl2LMKXu3K09hSKwwEAd/s400/kebun_sawit%5B1%5D.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4ODaxGOVN4FfcY72MK-A70tckLQoaAWtHdiWd8xaMHKD3oEs_KV8i3nu1im0jY0GC7qXuR2grFXED_RDiKdvyN_EPWYrTIMdmnJT6KHrmud4MQuvnxtjenR0oWb3ef8x7faeCPBURq8cJ/s400/kebun%2520Kelapa%2520Sawit%2520(1)%5B1%5D.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkDLMCCFiOxZtrA8rvLF3l3UjxFgm5XrziRTbFr0pzwoJ4HkwrRqCJiQ13NVWEI4nF6MHDKYjrIz2w_szf3ezxg1yylEsKZicy-z2lInE3oCeo5zCKCalrC6973jCxrEV2exPhY3gT8mUX/s400/photo04b%5B1%5D.jpg)