23 April 2008

Tidak Risau Dengan Pencabar

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak berasa tertekan dengan hasrat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO. Sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut jawatan tersebut tanpa ada sebarang halangan. Tidak ada masalah jika Hishammuddin ingin bertanding jawatan Naib Presiden kerana memang sudah ramai yang menawarkan diri.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Hishammuddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini sekiranya beliau mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu. Menurut Hishammuddin, beliau tidak menghalang UMNO bahagian mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut tetapi pertimbangan mengenainya akan dibuat apabila tiba masanya. Hasrat Menteri Pelajaran itu untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden merupakan satu proses biasa yang berlaku sebelum berlangsung pemilihan UMNO.

Datuk Seri Mohd. Ali tidak berasa tertekan walaupun terpaksa menghadapi persaingan daripada pemimpin UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan Naib Presiden kerana ia adalah proses biasa saja.

22 April 2008

Agenda Ketua Menteri

Kerajaan Melaka mengumumkan pelaksanaan inisiatif serampang tiga mata dalam usaha untuk terus memastikan kehidupan kira-kira 800,000 rakyatnya kekal selesa dan makmur, susulan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu kebelakangan ini. Inisiatif itu meliputi peningkatan pendapatan rakyat tanpa mengira kaum agar kuasa beli mereka tidak terjejas akibat kenaikan inflasi menerusi penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.


Disamping itu, usaha merancakkan aktiviti ekonomi seimbang antara bandar dan luar bandar dengan memberi keutamaan kepada aktiviti bernilai tinggi dan berasaskan pengetahuan menerusi persekitaran perniagaan lebih kondusif akan dilaksanakan. Bagi membendung inflasi kerajaan negeri akan menambah dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan terutama membantu pengeluar meningkatkan produktiviti, selain menambah penawaran barang yang diperlukan khususnya makanan untuk mengurangkan tekanan.


Kerajaan pimpinannya sentiasa menyedari rakyat negeri ini sedang bergelut dengan beberapa masalah terutama berhubung kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri, Datuk Othman Mohamad dilantik Speaker, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Idderis Kasim timbalannya. Semua 28 Adun yang menang pilihan raya lalu turut mengangkat sumpah jawatan.

Amanat Ketua Menteri Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini diminta lebih komited melunaskan janji mereka kepada masyarakat sebagai mana yang mereka janjikan pada pilihan raya umum lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka perlu meningkatkan kerja dan sumbangan membantu golongan yang memerlukan dan tidak bersikap sebaliknya. Menurutnya, beliau tidak mahu wakil rakyat bersikap bongkak dan enggan meluangkan masa bersama masyarakat wajar dijadikan panduan dalam meningkatkan perkhidmatan mereka ke tahap yang lebih cemerlang.


Pada masa yang sama, setiap ADUN telah membuat persiapan sewajarnya seperti menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap apa jua perkara yang sedang berlaku di dalam negeri bagi membolehkan mereka lebih bersedia sewaktu menghadapi Persidangan DUN kelak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Angkat Sumpah Speaker, Timbalan Speaker DUN dan barisan ADUN. Beliau berpesan setiap ADUN perlu sentiasa bersedia menyalurkan maklumat yang tepat mengikut bidang masing-masing dan berkemampuan memberi penerangan yang lebih jelas dalam persidangan DUN kelak.


Semua Ahli Dewan perlu memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dalam negeri termasuk memberi cadangan yang membina terutama di kalangan wakil pembangkang. Wakil pembangkang tidak hanya berfungsi untuk membangkang tetapi jadi pembangkang yang konstruktif dengan memberi pandangan serta idea yang membina. Beliau yakin sidang DUN kali ini akan bertambah lebih baik berbanding sebelum ini melalui barisan campuran ADUN lama dan baru seterusnya mampu perubahan yang lebih baik kepada kerajaan negeri. Ini kerana, Melaka kini tidak mempunyai banyak masa lagi iaitu hanya tinggal dua tahun untuk merealisasikan hasrat menjadi negeri maju menjelang tahun 2010 dan untuk itu, perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap wakil rakyat ialah berkaitan masalah kemiskinan.

Walaupun penduduk miskin di negeri ini termasuk mereka yang diberi bantuan telah melepasi paras kemiskinan namun pendapatan mereka ini perlu ditambah bagi meningkatkan lagi kualiti hidup dari segi kesihatan, alam sekitar, perumahan kemudahan pendidikan. Mohd. Ali berkata, bagi pihak kerajaan negeri, pelbagai program kebajikan telah diatur bagi membolehkan golongan terbabit tidak ketinggalan menikmati kemudahan pembangunan yang dirancang. Apa yang lebih penting penduduk miskin ini dapat merasai bersama nikmat status sebagai negeri maju kerana saya tidak mahu apabila Melaka sudah mendapat status ini namun masih ada rakyat miskin yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

30 Mac 2008

Biografi Mohd. Ali Mohd. Rustam

Profil Beliau.

Nama : Mohd. Ali bin Mohd. Rustam
Jawatan : Ketua Menteri Melaka

Alamat Rumah : Seri Bendahara Ayer Keroh 75450 Melaka
Alamat Pejabat : Tingkat 4, Blok, Seri Negeri Ayer Keroh 75450 Melaka
Tempat Lahir : Kampung Bukit Katil Melaka
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1949
Status : Berkahwin
Isteri : Asmah binti Abd. Rahaman

Anak : 3 Orang (2 Lelaki 1 Perempuan)

Profil Pendidikan.

Peringkat Rendah :
Sek. Rendah Kebangsaan Bukit Katil Melaka (1959 - 1960)
Sek. Rendah Kebangsaan Semabok ( 1961)


Peringkat Menengah :
Sekolah Menengah Tinggi Lelaki Melaka

Peringkat Tinggi :
Ijazah Ekonomi Pembangunan (Universiti Sains Malaysia, USM)

Ijazah Kehormat :
Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan Belia (Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia, UTeM)

Profil Kerjaya.

1969 - 1979 :
Kerani, Lembaga Letrik Negara (TNB)

Dis 1979 : Timbalan Pengarah KEMAS Kedah

1980 - Mei 1981 : Pengarah KEMAS Perlis

1981 - 1982 : Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1982 - 1983 : Pengarah KEMAS Melaka

1984 - 1986 : Setiausaha Khas Kepada Ketua Menteri Melaka (Tan Sri Rahim Thamby Chik)

1986 - 1990 : Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Ayer Molek

1986 : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka

1990 - 1994 : Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Sungai Udang

1990 : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melak

Mac 1992 : Pengerusi Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka

Mac 1995 : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Sains dan Teknologi Negeri Melaka

April 1995 - Nov 1999 : Ahli Parlimen Batu Berendam

Mei 1995 - Jan 1999 : Timbalan Menteri Pengangkutan

Jan 1999 - Nov 1999 : Timbalan Menteri Kesihatan

1999 - 2004 : Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Paya Rumput.

2004 - 2008 : Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Bukit Baru

2008 : Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Bukit Baru

Dis 1999 - Sekarang : Ketua Menteri Melaka / Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan dan Perancangan Ekonomi


Profil Organisasi Sukarela.

1986 : Pengerusi Majlis Belia Melaka

1988 : Presiden Majlis Belia Malaysia

1989 : Naib Presiden Perhimpunan Belia Seduni (WAY)

1989 : Pengerusi Malaysia Youth Museum Board

April 1993 : Presiden Perhimpunan Belia Sedunia

Dis 1994 : Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia

Nov 2000: Dipilih semula sebagai Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia bagi penggal 2000/2003 setelah menang tanpa bertanding.

Profil Anugerah.

1978 : Pingat Bakti Masyarakat, Melaka (PBM)


1987 : Darjah Seri Melaka (DSM)


1989 : Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)


1995 : Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM)


2001 : Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM)


2002 : Tokoh Belia Lelaki 2002 sempena Hari Belia Negara

Profil Politik.

1984 - Sekarang : Ketua Cawangan UMNO Bukit Katil Melaka

1984 : Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Berendam Melaka

1988 : Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Melaka

1995 - 2001 : Ketua UMNO Bahagian Batu Berendam Melaka

1997 : Timbalan Pemgerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

2000 - 2004 : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

2000 - Sekarang: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

2001 - Sekarang : Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Melaka

2004 - Sekarang : Naib Presiden UMNO Malaysia.

Profil Pilihanraya.

1986 : BN (DUN Ayer Molek) Menang dengan majority 7,069 undi menewaskan Husain bin Kasim (PAS)

1990 : BN (DUN Sungai Udang) Menang dengan majority 6,608 menewaskan Datuk Wira Ahmad Nordin (S46)

1995 : BN (Parlimen Batu Berendam) Menang dengan majority 22,325 undi menewaskan Tan Seng Seng (DAP)

1999 : BN (DUN Paya Rumput) Menang dengan majority 2,876 undi menewaskan Loh Ah Boo (DAP)

2004 : BN (DUN Bukit Baru) Menang dengan majority 5,992 undi menewaskan Hj. Bakrin Hj. Sidek (PAS)

2008 : BN (DUN Bukit Baru) Menang dengan majority 2,708 undi menewaskan Hj. Bakrin Hj. Sidek (PAS)